Thursday, January 3, 2013

Tips! Hilangkan Bulu-buluan via Sugaring Wax



 


erk sila muntah..

Selalunya korang semua buat macam mana untuk hilangkan bulu roma? Ada yang gunting, cabut, cukur/shave  dan  melilin/wax.
D selalu cabut je yang kat under arm tu  sebab bukan banyak pon, x saapai 10 helai pon yg tebal-tebal tu. Ada pon halus mulus je x leh nak dicabut, mau juling biji mata kalau nak mencabutnye.
Untuk kat miss v selalu trim je pakai gunting hehe opkos la x licin, just trim je kan, pastu masa mengandung  anak 1st haritu, susah nak  capai yang kat bawah tukan, so D pakai shave. Memang licin, sebulan dua ok la, pastu nah amik ko, lepas tu bila time nak tumbuh, dia punya gatal ya amat… hush…. Menyesal!!!!! Dah tak boleh patah balik, kalau tau trim je pakai gunting huhu…T_T
Takpe, sekarang dah jumpa solution lain, iaitu Sugaring Wax. Oh suka teknik ni, x perlu lagi nak beli bikini shave yg susah nak cari tu ye. Kat farmasi hanya ada kat Guardian,Giant,Plentong sahaja… farmasi lain x de jumpa.


Guardian punya lebih kurang camni,comel kan.

Berbalik kepada sugaring Wax ni, kita boleh buat sendiri, memang MMJ (mudah, murah, jimat hehehe) dan rupa-rupanya dari zaman Cleopatra lagi teknik ni dah digunakan..
D dah buat kajian  pasal sugaring wax dengan waxing guna lilin, macam kat butik Strip, or waxing strip yang dah pek macam veet.
Kebanyakan review  menyatakan sugaring wax ni kurang sakit, tahan lama, senang dicuci dan memang berkesan.
So D pon godek-godek kat internet klau ada jual memang nak beli je. Survey punya survey rupanya dulu The Body Shop Pernah keluarkan Sugaring Wax ni,  tapi  sekarang nidah tak de dah… 

So search DIY Sugar wax jumpa lah ni cara-caranya :  Kredit tu  ÉMÄ Nordin

Cara-cara membuat Sugar Wax

Bahan-bahan
2 cawan gula
1/4 cawan air
1/4 cawan jus lemon

ATAU

Bahan-bahan
2 cawan gula
1/2 cawan air
1/2 cawan jus lemon
1 cawan madu


  • Masukkan jus lemon, air dan gula ke dalam periuk untuk dimasak. Guna api yang kecil ya.
  • Kemudian, kacau sehingga sebatian mengeluarkan didih yang kecil (bubble kecil). Ketika ini anda bole masukkan madu dan beberapa titis essential oil kesukaan anda.
  • Kacau sehingga sebatian betul-betul mendidih serta pekat dan masukkan ke dalam mangkuk. (Pastikan mangkuk tersebut boleh dimasukkan ke daam microwave untuk penggunaan masa hadapan.
Cara pakai:
1. Panaskan sugar wax  cara di stim/microwave
2. Bersihkan bagian tubuh yang akan di wax dan taburkan bedak
3. Oleskan sugar wax dgn mengggunakan wooden spatula (dalam keadaan suam ya...jgn panas2 (test suhu ikut keselesaan anda) mengikuti arah tumbuh rambut/bulu
4. Tampelkan kain, lalu gosok atas bawah
5. Tarik kain berlawanan arah dgn pertumbuhan rambut dengan cepat dan serapat yang mungkin dengan kulit.
6. Tadaaaa...bebas bulu huhu :P, Boleh sapukan bb oil  dan bersihkan sisa gula.
Anda boleh ulangi sehingga tiada bulu di kulit anda. Simpan lebihan di dalam peti ais. Microwave untuk kegunaan masa depan.

Selamat mencubaaa~!


Source: http://yourbeautybestfriend.com


**Psssttt: boleh beli kat sini Jangan bagitau orang tau huhuhu huhu 

2 comments:

Nina K's Luviee said...

u have such a gorgeous blog dear,be my follower i'll follow u then http://nina-wns.blogspot.com/

deyas isa said...

hi nina!
thanks for the compliment. i'm newbie dear...
just follow your blog!!! Yours dazzling too dear ;)

 

Template by Suck my Lolly