Thursday, August 25, 2016

Saya dan Public Mutual



Assalamualaikum, gud morning!

Harini nak cerita pasal macam mana saya mula-mula simpan duit kat unit trust.
Masa 1st time dengar pasal unit trust ni tahun 2005 cam tula, masa tu saya masih kerja kat yard ngan gaji starting RM800/sebulan kerani kat site MMHE nun, kene layan ot nak dapat 2.5K /month, dulu ot dia masyukkk hehehe... ada sorang colleague di approach oleh seorang awek cun gila, dia datang naik merc sporty 2 seater okeh. dari jauh dah bau perfume yang dia pakai. Then dia approach kat mamat2 dalam kabin, (kat site office diorang guna kontena utk buat office=kabin)  sebab sume mamat2 dalam tu sume gaji kencang kan.... kita kerani cabuk weh, x de orang nak approach erk,
saya pun tanye la kat abang sorang tu, dia UT man "abang N, awek tu cerita ape ha?". dia cakap la  awek tu ajak join unit trust simpan kat dia monthly rm 1000 at least selama 3 tahun, untung gila weh. siap tunjuk calculation yang awek tu tunjuk. Saya pun wow bestnye, tapi sedih sebab dia kata kene minimum simpan 1 bulam RM1K. Kite mane la de kan, Pastu awek tu x de pun nak approach kita cerita klau kita x de RM1K sebulan ada cara lain tak nak simpan duit bagi berganda2 nih... tu kan tugas dia untuk ajak orang menyimpan, kannn.
5 tahun selepas tu ada kawan ajak join unit trust, pastu saya cakap la mane ade duit rm 1K weh nak masuk tiap2 bulan, dah kawan menagkap ajen tu terkejut, "sape cakap kne ada 1k sebulan baru boleh buat ivestment???"
saya lagi terkejut, la nape awek dulu tu tak bagitau punnnn. (terus terimbas kembali awek merc 2 seater perfume dari jauh dah bau tu)
kawan tu cakap "klau tak de cash pun masih boleh invest la guna KWSP acc 1 la"
Hoh lagi terperanjat, balik kerja terus pergi RHB bank, kat situ ada kiosk KWSP check acc 1, dapat la invest kat unit trust ni...
lepas 3 tahun jadi investor puas hati tengok performance dana yang agent/kawa ni tunjukkan.
sebenarnya boleh monitor sendiri je pun, dan setiap tahun dapat penyata, boleh check online macam online banking,
Masa jadi investor bodoh-bodoh tu tak ambil port pun pasal dividen. Dalam unit trust diorang tak panggil dividen, diorang panggil "distribution" atau "pembahagian". simpan je surat tu buat koleksi. padahal dalam tu dinyatakan duit pelaburan kita dilaburkan kemana, kos-kos perbelanjaan, dan sebagainya, setiap satu diterangkan secara details.
Oh lagi 1, sekarang saya boleh buat simpanan cash serendah RM100/sebulan, sukanya. Saya buka untuk akaun anak sorang 1 supaya tak payah nak meminjam untuk belajar di uni nanti, InsyaAllah. bila ada dut raya terus masuk dalam akaun diorang dalam public mutual ni.
Alhamdulillah tak salah pilih agent dan company unit amanah.
Saya pilih Public Mutual yang menawarkan banyak dana patuh syariah dengan performance yang bagus.
Lagupun Public Mutual adalah pemain utama Unit Amanah swasta di Malaysia, banyak menang award, dll akan saya cerikan di post akan datang.

Sapa nak tau awek naik merc tu agent company mane? heee

suka ke suka?

XO
deyas

Wednesday, August 24, 2016

Lamb Stew buat sendiri


Teringin makan lamb stew Borneo Cafe, tapi cawangan kat Pasir Gudang dah tutup. sedih!
Jadinye caritau kat pakcik google resipi lamb stew, buat sendiri, lagi jimat, anak ramai kan. x sampai rm 30 modal, makan pun puas.
menjadi pun lamb stew ni


sebab menjadi, saya share resipi kat sini, resipi ni dah diolah ikut citarasa penulis dan famili lah ye. Resipi asal sila gugel irish lamb stew.

Bahan-bahan A / Ingredients A:
Kambing yang dipotong2 / lamb chunk
Tepung gandum / flour
Lada hitam / crushed pepper
Garam / salt

Bahan-bahan B / Ingredients B:
Bawang holland / onion
Bawang putih / garlic
Lobak merah / carrot
Saderi / celery
Daun bay / bay leaf
Pati tomato / tomato paste
Cuka balsamic / balsamic vinegar 
Air carbonate / root beer ( saya guna root beer A&W)
Air / plain water
Lada hitam / crushed pepper
Garam / salt
Serbuk cili kasar (jika suka pedas)/
Chili flakes (if you like it spicy)


potong-potong dulu


cara masak/ cooking steps

Cara-caranya / cooking steps:

1) Satukan ketulan kambing dengan garam dan lada sulah,
2) Sadurkan dengan tepung ala kadar je.
3) Goreng atas grill pan or kuali pun boleh sampai semua bahagian ada kesan bakar sikit, tak perlu sampai masak pun. (kalihkan)
4) Guna kuali yang sama, tambah minyak zaiyun/ minyak biasa pun boleh, tumis bawang putih & bawang holland sampai layu.
5) Masukkan sayuran potong (saderi, lobak, kentang), daun bay, tumis sekejap je, buat syarat.
6) Maukkan air/lamb/chiken stock, tomato paste, cuka balsamik, root beer,  kacau sampai kerak2 tadi dah tak melekat.
7) Kalihkan dalam periuk nasik, tekan cook, biarkan selama 2-3 jam sampai daging lembut dan kuah pekat. ( guna pressure cooker 45-60 minit)
8) Perasakan dengan garam, lada hitam dan serbuk cili kasar
9) Siap hidangkan dengan roti yang disapu garlic butter. yammmmm.


makan dengan roti garlic butter homemade jugak




ni contoh cuka balsamik, beli kat AEON bahagian organic food





Pecel sayur

Pecel Sayur Top 10
Teringin makan pecel ni. sedapnye wallahh! Padahal nak buatnye senang je pon...
X yah tunggu balik rumah terus serbu kedai Top 10 Ayam Penyet Kg Pasir Putih.
Amazing gila, kalini x de adegan teresak2 sambil makan. Selalunya kat kedai ni sambal kacang ya ampun pedas banget dong. Alhdulillah kali sedang-sedang aje.
Kat kedai ni ada juga menu lain seperti
Ayam penyet, keli penyet, ayam lele penyet ( ni ayam + ikan keli ye), gado-gado, bakso, soto jawa, dan macam -macam lagi la.
yang saya suka pecal sayur, lele penyet, pisang goreng cheese.  rating ikut teka penulis, harap maklum ;)


Top 10 Ayam penyet
Kampung pasir Putih 81700 Pasir gudang Johor
Masa operasi: tengahari - malam

pecel sayur 5★
Lele penyet 4.5★
Ayam penyet 4★
Bakso 4.5★
Pisang goreng Cheese4.5★
Kebersihan 4★
Pisang Goreng Cheese Top 10





 

Template by Suck my Lolly