Wednesday, August 24, 2016

Lamb Stew buat sendiri


Teringin makan lamb stew Borneo Cafe, tapi cawangan kat Pasir Gudang dah tutup. sedih!
Jadinye caritau kat pakcik google resipi lamb stew, buat sendiri, lagi jimat, anak ramai kan. x sampai rm 30 modal, makan pun puas.
menjadi pun lamb stew ni


sebab menjadi, saya share resipi kat sini, resipi ni dah diolah ikut citarasa penulis dan famili lah ye. Resipi asal sila gugel irish lamb stew.

Bahan-bahan A / Ingredients A:
Kambing yang dipotong2 / lamb chunk
Tepung gandum / flour
Lada hitam / crushed pepper
Garam / salt

Bahan-bahan B / Ingredients B:
Bawang holland / onion
Bawang putih / garlic
Lobak merah / carrot
Saderi / celery
Daun bay / bay leaf
Pati tomato / tomato paste
Cuka balsamic / balsamic vinegar 
Air carbonate / root beer ( saya guna root beer A&W)
Air / plain water
Lada hitam / crushed pepper
Garam / salt
Serbuk cili kasar (jika suka pedas)/
Chili flakes (if you like it spicy)


potong-potong dulu


cara masak/ cooking steps

Cara-caranya / cooking steps:

1) Satukan ketulan kambing dengan garam dan lada sulah,
2) Sadurkan dengan tepung ala kadar je.
3) Goreng atas grill pan or kuali pun boleh sampai semua bahagian ada kesan bakar sikit, tak perlu sampai masak pun. (kalihkan)
4) Guna kuali yang sama, tambah minyak zaiyun/ minyak biasa pun boleh, tumis bawang putih & bawang holland sampai layu.
5) Masukkan sayuran potong (saderi, lobak, kentang), daun bay, tumis sekejap je, buat syarat.
6) Maukkan air/lamb/chiken stock, tomato paste, cuka balsamik, root beer,  kacau sampai kerak2 tadi dah tak melekat.
7) Kalihkan dalam periuk nasik, tekan cook, biarkan selama 2-3 jam sampai daging lembut dan kuah pekat. ( guna pressure cooker 45-60 minit)
8) Perasakan dengan garam, lada hitam dan serbuk cili kasar
9) Siap hidangkan dengan roti yang disapu garlic butter. yammmmm.


makan dengan roti garlic butter homemade jugak




ni contoh cuka balsamik, beli kat AEON bahagian organic food





0 comments:

 

Template by Suck my Lolly