Monday, April 8, 2013

Apple Crumble

Selamat pagi & salam Isnin.


Apple Crumble


Semalam buat resipi ni menjadi la pulak.Thanks to The Pink Stilettos. Adore sangat dengan iza mother of 2 girls ni yang rajin buat hands on activities dengan anak-anak.  Jadi diorang takde lah addicted sangat dengan ipad or smartphones sepanjang masa. Zaman sekarang ni alaahaiiii sume tertacap kat skrin saja.

Resipi seperti dibawah, kalau nak tengok step by step, please refer here.


Fillings/inti:
6 biji Epal Hijau (Granny Smith) Buang kulit dan biji, potong dadu.
120gm gula,
1 tsp sudu serbuk kulit kayu manis


Crumble/topping:
200gm tepung
120 gm butter (potong dadu, pastikan butter dalam keadaan sejuk, klau beku lg elok)
50 gm gula
chopped nuts (pecan, badam, ikut suka la)
Oats ( saya tak letak pun)



 Cara caranya:
  1. Campur semua bahan, masak hingga lembut, tapi jangan hancur sangat, agak-agak bahan dah sebati dan air dah kering matikan api, biarkan sejuk sebentar. 
  2. Panaskan oven pada suhu 200 ᵒC
  3. Campur semua bahan, ramaskan dengan hujung jari sampai sebati, sehingga teksturya menjadi seperti serbuk roti, (jangan sampai butter cair ye puan-puan..
  4. Dalam bekas comel, letakkan inti epal, dan taburkan topping.
  5. Bakar selama 20 minit @ topping berwarna keemasan pada suhu 200 ᵒC
  6. SIAP. Hidang bersama aiskrim. Takde aiskrim pon boleh. enjoy!

0 comments:

 

Template by Suck my Lolly