Wednesday, April 10, 2013

Eucheuma cottonii :Jika Tiada Kolagen di dalam Rumpai Laut, Jangan Dinafikan Khasiat yang lain






 
Baiklah sebagai penjual rumpai laut Eucheuma cottonii, (I’ll stop calling PMC, its seaweed). Beberapa hari yang lalu kecoh orang share link ni Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut. Penulis hanya menulis tentang kolagen dan rumpai laut sahaja. beliau juga tidak menafikan khasiat lain di dalam rumpai laut tersebut.Ini pula pandangan saya.

Memang tiada kajian yang mengesahkan rumpai laut mengandugi kolagen. Namun, tidak juga dinafikan khasiat yang terdapat didalamnya. Kebanyakan pengamal rumpai laut ini mendapati kulit mereka menjadi semakin, tegang, anjal, halus, cerah, lembut, cantik. Dan Biasanya jika jika dikaitkan dengan kulit, secara automatic kita akan  memikirkan tentang “kolagen” betul tak, jadi lama kelamaan pengguna yang kebanyakannya tidak memahami istilah saintifik dengan jelas ( orang biasa) memanggil rumpai laut ini sebagai Pure Marine Collagen(PMC)  atau Ibu Kolagen dll. Sebab dah terbiasa kan… jadi nama collagen tu melekat dan sinonim dengan rumpai laut ini. Selain khasiat pada kulit, rambut juga menjadi lebat, pembuangan air besar juga menjadi lawas, cepat kenyang ( tidak perlu ambil makanan berat dah rasa kenyang. Untuk saya lah)

Jadinya sesiapa yang berasa serasi mengamalkan rumpai laut ini boleh lah teruskan, jika rasa tertipu terserah anda (tertipu kah anda kalau anda rasa memang ada perubahan baik yang anda alami?).

 Saya masih menjual selagi ada permintaan. Ye lah jika kesan penggunaan rumpai laut ni sama kesan dengan pengambilan produk yang mahal-mahal, pada saya lebih baik makan rumpai laut saja, dah la murah, organic, memang tiada bahan campuran kimia lain.  Ibarat kita makan ulam la. 

Kat bawah ni boleh refer kajian dari UMS dan UPM "The proximate composition, vitamin C, α-tocopherol, dietary fibers, minerals, fatty acid and amino acid profiles of three tropical edible seaweeds, Eucheuma cottonii (Rhodophyta), Caulerpa lentillifera (Chlorophyta) and Sargassum polycystum (Phaeophyta) were studied. The seaweeds were high in ash (37.15–46.19%) and dietary fibers (25.05–39.67%) and low in lipid content (0.29–1.11%) on dry weight (DW) basis. These seaweeds contained 12.01–15.53% macro-minerals (Na, K, Ca and Mg) and 7.53–71.53 mg.100 g−1 trace minerals (Fe, Zn, Cu, Se and I). The crude protein content of E. cottonii (9.76% DW) and C. lentillifera (10.41% DW) were higher than that of S. polycystum (5.4% DW), and protein chemical scores are between 20 and 67%. The PUFA content of E. cottonii was 51.55%, C. lentillifera 16.76% and S. polycystum 20.34%. Eicosapentaenoic acid (EPA), accounted for 24.98% of all fatty acids in E. cottonii. These seaweeds have significant vitamin C (∼35 mg.100 g−1) and α-tocopherol (5.85–11.29 mg.100 g−1) contents." 



Sebelum ini juga saya  ada kongsikan laporan makmal tentang rumpai laut ini membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan menyuburkan rambut. boleh selak laman belakang.

0 comments:

 

Template by Suck my Lolly